Manfaat Air Putih Untuk Kesihatan

Air putih adalah minuman yang murah dan senang untuk kita perolehi. Namun ada juga yang tidak menggemari air putih, saya sendiri sangat suka minum air putih sebelum tidur dan sebaik sahaja bangun tidur untuk membuang toksin di dalam badan. Sebaik-baiknya setiap hari minum air putih sebanyak 8 gelas sehari. Dan disarankan lebih untuk mereka yang makan vitamin.

Antara manfaat air putih untuk mereka yang ingin mengawal berat badan ialah

Lebih Kenyang

Sebelum anda mengambil hidangan utama, minumlah segelas air putih. Hasilnya ia akan membuatkan anda tidak terlalu lapar sehingga jumlah makanan berkurangan.
Selain itu minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah. Tidak dinafikan keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.

Tingkatkan Metabolisme Badan

Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan cairan, metabolisme berjalan dengan lebih lambat dan proses pembakaran lemak pada badan berada pada tahap maksimum.
Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi ia dapat meningkatkan fokus pada fikiran.

Rehidrasikan Badan

Jika seseorang mengalami dehidrasi, tindakbalas pada badan akan menjadi lambat dan boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit. Oleh sebab itu badan memerlukan cairan agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Tambahan lagi, ia akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembab dan rambut lebih sihat

Mengeluarkan Toksin Dalam Badan

Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup, badan akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori. Kekurangan cairan juga boleh menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki

Otot-otot Tetap Sihat

Air membantu dalam pembentukkan otot-otot dalam badan. Apabila badan terhidrasi dengan baik, anda pun dapat bersenam dengan maksimum. Selain itu air dapat membuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman yang berat.

Kesihatan Badan Tetap Stabil

Jika proses penghadaman dan kesihatan badan anda tidak stabil, ini akan menyukarkan anda untuk menurunkan berat badan secara maksimum. Bagi anda yang mengalami masalah penghadaman, air dapat membantu untuk memudahkan penghadaman dengan sempurna

Menjaga Kesihatan Organ Dalaman

Seseorang yang minum air yang cukup setiap hari mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah, kesihatan lebih baik dan memperbaiki fungsi hati dengan maksimum.
Sistem imunisasi menjadi lebih baik, tidak mudah sakit dan lebih bertenaga ketika bersenam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *