TIP MENGURUSKAN ANAK BERKHATAN

Sempena musim cuti sekolah ni selain dari kenduri kahwin sana sini, musim cuti sekolah yang panjang ni juga ramai ibubapa mengambil peluang untuk mengkhatankan/bersunat anak teruna masing-masing.
Lazimnya kita sudah tahu mengapa perlu berkhatan. Secara ringkasnya berkhatan ialah proses membuang kulit lebihan yang menutupi kepala z****. Tujuan utamanya ialah untuk menjaga kebersihan, ia juga untuk mengelakkan jangkitan kuman salur kencing dan juga mengurangkan risiko kanser.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mengkhatankan anak kedua saya, kaedah yang digunakan ialah smart clamp. Macam ni ya rupa smart clamp. Kadar bayaran di Shah Alam adalah RM150 mungkin kadar bayaran berbeza ditempat lain dan kalau menyertai berkhatan beramai-ramai kadar bayaran juga berbeza.

So far anak pertama dan anak kedua menggunakan smart clamp, biasanya sebelum berkhatan doktor akan check samada sesuai atau tidak untuk menggunakan smart clamp, jika tidak sesuai ada kemungkinan kaedah tradisional atau laser  digunakan. Dalam proses anak-anak lelaki membesar biasanya kami akan bercerita tentang kebaikan berkhatan kepada anak-anak supaya mereka tahu kepentingan berkhatan, bila tiba masanya mereka akan kurang takut , kita cerita yang baik-baik je, elakkan cerita yang menakutkan supaya takde la yang lari masa nak dikhatankan hehe. Sebelum bawa anak ke klinik pastikan mereka dah mandi, bersarapan, buang air kecil dan kalau boleh buang air besar. Sebaik mungkin bagi keselesaan pada anak, bagi mereka makanan yang mereka suka sebab selepas ni mereka kena berpantang beberapa hari.

Selepas berkhatan biasanya mereka akan merasa sakit walaupun telah dibius terutamanya semasa membuang air kecil, masa ni lah cabarannya memang kena banyak-banyak bersabar, telinga pun kena tebal melayan kerenah anak, jangan pulak maknya menangis bila tengok anak menangis kesakitan. Uolls kena sentiasa check tempat yang dikhatankan untuk memastikan tiada pendarahan atau pembengkakkan yang luar biasa. Biasanya doktor akan bekalkan ubat tahan sakit, terus bagi ya bila sampai rumah, jangan tunggu sampai mereka meraung kesakitan, air masak bagi sedikit demi sedikit untuk mengalakkan kerap buang air kecil sebab hari pertama memang mereka akan sakit semasa buang air kecil.

Doktor akan bekalkan syringe untuk anda, kegunaan dia ialah untuk “pancutkan air” selepas anak membuang air kecil, menjaga kebersihan sangat penting masa ni untuk elakkan jangkitan kuman. Makanan yang diberikan untuk anak semasa dalam proses pemulihan luka sangat penting, makanan yang sesuai yang diberikan ialah sama semasa wanita berpantang selepas melahirkan bayi , Biasanya saya akan masak ikan berdaging putih seperti ikan jenahak, ikan merah, ikan kerisi dan ikan siakap bersama-sama dengan sayur sawi atau bayam, makan bersama-sama dengan nasi. Anda boleh bakar ikan, kukus ikan, masak sup atau masak kari. Saya akan elakkan ayam, daging, telur dan makanan laut seperti udang, sotong selama beberapa hari semasa dan selepas clamp dibuka, ini untuk elakkan dari luka menjadi gatal, bengkak dan menanah. Biasanya semasa mandi saya akan cover tempat yang berkhatan dengan plastik untuk pastikan tempat luka kering seperti cover luka orang bersalin ceaserian.

Buah-buahan segar juga boleh diberikan seperti orange dan epal, disamping itu juga saya bagi Vitamin C Chewable Shaklee dan untuk meningkatkan imun anak, anda boleh bagi Nutriferon Shaklee. Penting menjaga pemakanan dan kebersihan supaya luka anak berkhatan cepat sembuh dan mereka boleh merdeka dan kembali lasak seperti biasa.

Selepas hari ke 4 atau ke 5, anak akan dibawa semula ke klinik untuk dibuka clamp, kat sini pun ada cabarannya, doktor akan memastikan luka anak dah kering baru beliau akan buka clamp, anak akan merasa sedikit sakit semasa clamp dibuka. Anda boleh bertanya kepada doktor sebarang kemusykilan sebab clamp tidak sama dengan berkhatan secara tradisional yang saya pasti ramai bapa-bapa usia anak berkhatan zaman ini adalah mereka yang gunakan kaedah tradisional. Ini cara dan pengalaman saya menjaga 2 orang anak berkhatan, mungkin cara anda berbeza tapi matlamat kita sama ialah  untuk anak cepat sembuh.

Tahniah kepada anak-anak yang berkhatan 🙂

Menjana Pendapatan Dengan Shaklee, sungguh mudah

Untuk makluman bagi mereka yang mereka sering tertanya bagaimana Vitamin Shaklee boleh membantu

Bayi Premature, boleh tengok video ini


Menyusu Anak Pramatang Memang Mencabar, Apa Yg Perlu BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Anak yang kurus keding, boleh tengok video ini


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Ibu Yang Menyusu, boleh tengok video ini


Dia Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

25 Comments

  1. wow! teruja baca. both of my sons akan berkhatan minggu depan. semoga semuanya berjalan dengan baik. insyaAllah. thanks for the info. sgt bermanfaat.

  2. Dua2 anak saya baru je buat pagi tad…guna smart clamp gak. C abg ok je..c adik ni x reti duk diam, risau saya dibuatnya.
    Kata nurse tad ia akan tertanggal sndri..if 10 hari lum tanggal kena p klnk r. Ni yang buat maknya seriau ni.Huhu.

  3. Owhh gunakan klamp yea.
    Tapi bla baca-baca balik rasa leceh dan kesian pula time nak kencing kan.
    Kita sebagai mak nie tak sanggup dengar duk cakap sakit.
    Alahai.

  4. Tq. Tips diberi. Anak lelaki bongsu kak br bersunat ari isnin 23nov. Sunat di klinik bapa saudara dia ( abg kpd suami). Mlm ari sunat tu darah keluar bnyk n bengkak. Kena p mlm tu jg n Dr. kata ade jahitan terbuka. Kens buka jahitan first n jahit lain lepas tu balut. Kesian tgk dia kesakitan. Mlm ni nak p buka balutan tu. Katanya susah nak kencing.
    Just kongsi cerita ank bersunat.

  5. Assalamualaikum, anak saya 7thn nak berkhatan 20hb nie…thanks for ur info, berguna sangat for me…just nak tanya lepas berkhatan, boleh ke anak jln2 sebab anak jenis tak akan duduk lama sangat kat katil. Tq

  6. Walaikumussalam,

    Kalau sekadar berjalan-jalan dalam rumah ok je cuma jangan terlalu lasak. Saya cadangkan sediakan aktiviti untuk anak yang anak suka agar beliau tidak kebosanan.

    Semoga proses berkhatan anak berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *