HEALING CRISIS – KRISIS PEMULIHAN..MAKAN SHAKLEE ADA KESAN SAMPINGAN?

Pernah tak anda mengalami kesakitan kepala yang melampau selepas makan vitamin?  Badan tiba-tiba rasa nak demam, sendi rasa sakit-sakit dan kita akan mula berfikir adakah ini disebabkan makan vitamin Shaklee badan menjadi semakin sakit. Saya harap tanggapan ini akan berubah selepas anda membaca penerangan dari saya tentang Healing Crisis.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan atau healing crisis terjadi.

Mengapa krisis pemulihan ini terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau suplemen?

Mengikut kajian yang dijalankan apabila kita mengambil nutrien dan nutrien itu bertindakbalas dengan oksigen dalam badan kita, tindakbalas ini akan meransang organ dalam badan untuk menjalankan proses penyingkiran, pembersihan dan proses ini juga dipanggil proses menyahtoksin. Sewaktu jangkamasa penyesuaian , ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari , walaubagaimanapun tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah tertimbun di dalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama seperti sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stres, ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary seperti Shaklee membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita. Bayangkan badan anda seperti paip besi yang berkarat, bila anda mencuci paip tersebut kelihatan segala benda-benda yang kotor akan keluar, begitu juga dengan badan kita.

Krisis pemulihan ini mengambil masa 3-4 hari atau berminggu lamanya dan ianya adalah berbeza bagi setiap individu dan ianya juga bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut. Biasanya selepas anda mengambil makanan tambahan 1 – 2 bulan anda akan merasai perbezaan tahap kesihatan anda. Jika tiada perubahan, ada kemungkinan anda tidak mengambil secara konsisten, berhenti makan vitamin sebab takut dengan krisis pemulihan yang dialami, tidak mengikut dos yang dicadangkan oleh SID anda dan mungkin juga anda mengalami masalah emosi.

Antara tanda-tanda dan penyebab krisis pemulihan

Anda tidak perlu bimbang dengan mengalami tanda-tanda berikut, dalam peringkat pemulihan anda dinasihatkan untuk banyak minum air masak/bersih, berehat secukupnya dan makanlah lebih banyak buahan dan sayuran dan yang penting bersabar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *