BELANJA SEKOLAH MALAYSIA MAHAL?

Gambar ihsan google
Beberapa hari lagi sekolah akan dibuka, bagaimana persiapan ibubapa terutamanya mereka yang mempunyai anak ramai yang bersekolah rendah dan menengah. Permulaan sesi baru persekolahan serta persiapan Hari Raya merupakan perbelanjaan terbesar bagi ibubapa setiap tahun. Saya sendiri merasai persiapan anak-anak nak sekolah, samada yang bersekolah rendah dan menengah. Sebelum sesi persekolahan bermula kebiasaannya anak-anak akan dibelikan  2 pasang baju baru untuk sekolah kebangsaan dan 2 pasang untuk sekolah agama, 2 pasang baju untuk anak yang sekolah menengah. Tapi kami akan tengok juga kalu baju anak masih elok dan masih boleh pakai tak perlu beli untuk elakkan pembaziran. Masa anak pertama masuk sekolah rendah jangan tak percaya excited punya pasal beli baju sehingga 5 pasang jenama yang mahal pulak tu, bila fikir-fikir balik menyesal jugak sebab membazir, walaupun brand yang mahal bila akhir tahun baju tu tetap kelihatan lusuh harap maklum dengan kelasakan anak lelaki. Itu adalah pengalaman kami untuk anak pertama masuk sekolah.
Kasut sekolah pula kami suka dengan jenama Bata sebab tahan lasak, tidak mudah terkoyak dan senang untuk dibasuh. Tahun pertama anak masuk tahun 1 memang perlukan 2 pasang kasut sebabnya ialah kasut terlalu kotor macam sekolah dalam lecak walhal sekolah tengah bandar, oh ya zaman ni mereka suka pijak kasut kawan-kawan  ya, sedih woo tengok keadaan kasut hari pertama persekolahan mungkin kalau anak perempuan kurang sikit kut kotornya.
Untuk Beg sekolah pula terpulang pada anak-anak, bag yang mana mereka berkenaan selari dengan pertambahan usia anak-anak. Err takkan dah sekolah menengah masih nak beg gambar kartun ya tak 🙂 Cuma saya tak berapa galakkan belikan anak-anak beg yang ada troli sebabnya ialah
1. Walaupun kosong beg itu masih berat, alahai kesian tengok anak-anak merengkek nak angkut beg sekolah sampai tingkat 3.
2. Troli itu akan patah atau rosak, pernah tak tengok anak-anak ni berlumba lari sambil tarik beg troli mereka sepanjang koridor sekolah 🙂
Ini hasil pemerhatian saya selama bertahun menghantar dan mengambil anak sekolah setiap hari
Setiap tahun juga sebelum sesi persekolahan bermula, kedai buku akan beroperasi, mereka dah siapkan senarai buku latihan, buku kerja yang akan dgunakan semasa sesi persekolahan yang baru , t shirt pendidikan jasmani dan alatulis juga dijual. 
Walaupun tiada yuran dikenakan semasa awal persekolahan, ibubapa dinasihatkan untuk simpan duit bagi yuran PIBG (Persatuan IbuBapa Dan Guru) sekolah rendah anak saya pada tahun lepas ialah RM80 manakala sekolah menengah ialah RM50, ibubapa hanya perlu bayar untuk 1 keluarga sahaja, walaupun ada 5 orang anak bersekolah di sekolah yang sama.
Hari pertama persekolahan dah boleh tengok kantin mereka, makanan dan minuman apa yang dijual, berapa purata harga makanan untuk kita bagi duit belanja anak pada setiap hari terutamanya untuk anak-anak yang baru masuk Tahun 1, memang kita bekalkan anak-anak dengan bekalan makanan dan minuman dari rumah tapi kita kena ingat, yang anak-anak ni akan terpengaruh dengan kawan-kawan yang beli makanan dan minuman di kantin, sampai ada yang menumpang kawan untuk makan ya dan tak makan, makanan yang dibekalkan 🙂
Saya sangat galakkan untuk bagi anak-anak vitamin kerana bila sesi persekolahan bermula anak-anak akan keletihan terutamanya mereka yang bersekolah dari pagi hingga ke petang dan malam pula bersambung dengan kelas tambahan dan juga kerja rumah yang diberikan oleh cikgu. Belum lagi bila dah kepenatan mereka jadi “cranky”. Vitamin yang anda boleh bagi bagi anak-anak yang bersekolah ialah Omega. Mealshakes, Performance Drink dan Chewable Vitamin C. Ia membantu meningkatkan imun sistem dan fokus kepada pelajaran terutama untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar.
Secara puratanya perbelanjaan untuk seorang anak apabila sesi persekolahan bermula ialah RM300, mungkin akan bertambah jika anak ini baru masuk Tahun 1. Ini yang bersekolah kerajaan sepenuhnya jika yang sekolah swasta lain pula kosnya. 
Kos setiap tahun memang akan meningkat, memang terasa bahangnya  terutama yang duduk bandar besar, saya sendiri duduk di Shah Alam dan seorang surirumah, apa yang boleh saya lakukan untuk membantu keluarga ialah bisnes online dan Shaklee menjadi pilihan saya tanpa saya perlu tinggalkan kerja-kerja harian di rumah dan anak yang kecil.

Dalam kita bersemangat membeli peralatan sekolah anak-anak, jangan lupa untuk kita tolong insan-insan yang memerlukan bantuan. Mari kita sama-sama infaqkan sedikit rezeki kita untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf bandar juga mangsa-mangsa banjir di Pahang dan Terengganu. Saya doakan amalan kita semua menjadi bekalan diakhirat kelak. Ni saya syer poster sahabat saya.

Saya juga doakan agar anak-anak kita semua dilindungi Allah dan diberkati dalam mencari ilmu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *