Saya Takut Menopaus – Panduan dan Vitamin Shaklee Untuk Menopaus

Lambat atau cepat kita sebagai wanita kena terima hakikat bahawa kita akan menghadapi satu permulaan kehidupan baru iaitu menopaus. Persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita atau apabila kita berhadapan dengan mereka yang sudah menopaus mungkin ibu kita, kita takut dengan menopaus atau putus haid yang mungkin akan mengganggu dari segi mental dan fizikal juga hubungan suami isteri.

Saya akan berkongsi panduan dan vitamin Shaklee yang sesuai untuk mereka yang menopaus agar dapat menghadapi dengan lebih tenang dan kesihatan yang lebih baik. Sebagai seorang wanita anda perlu bersedia dari sekarang dengan sentiasa menjaga kesihatan dengan memastikan berat badan terkawal, sentiasa bersenam dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Kebanyakan wanita yang sihat akan kurang mengalami simptom menopaus. Anda mestilah selalu aktif samada secara fizikal mahupun minda. Antara simptom menopaus dari segi emosi ialah kebanyakan wanita akan mengalami perubahan emosi yang tidak menentu, dimana mereka tidak dapat mengawal perasaan, sesnitif, cepat naik marah, menangis tanpa sebab dan mengalami tekanan.

Secara fizikal pula akan berlaku pertambahan berat badan terutama dibahagian perut dan pinggang, kulit menjadi semakin nipis, mulut kering dan lapisan faraj menjadi kering lalu menyebabkan rasa sakit semasa melakukan hubungan seksual hingga boleh menyebabkan pendarahan.

Selain dari itu antara kesan yang dialami oleh wanita yang menopaus ialah gejala hot flushes iaitu rasa panas pada muka, sakit sendi, sukar untuk tidur, jantung berdebar-debar, keletihan dan mudah berpeluh. Dalam jangka panjang wanita juga terdedah osteoporosis, peningkatan kolesterol yang memicu kepada risiko jantung.

Cadangan Vitamin Shaklee Untuk Menopaus

Vitamin Shaklee Untuk Menopaus
Vitamin B Complex – Untuk Tenaga
Omega Guard Minyak Ikan – Bagi mengawal kolesterol dan kulit
Ostematrix (Kalsium) – Bagi kekuatan tulang
GLA Complex Shaklee
Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. Semasa menopaus, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA Complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopaus.
Kita lihat apakata mereka yang berpuashati dengan GLA Shaklee, Testimoni GLA Shaklee Untuk Menopause
Testimoni GLA Shaklee Untuk Menopaus
Selain dari cadangan vitamin bagi mengurangkan masalah menopaus, peranan suami juga sangat penting, sebagai suami anda perlu membantu secara emosi dan cuba menenangkan isteri anda dengan membantu kerja-kerja rumah, menguruskan anak-anak supaya isteri boleh berehat dan menenangkan fikiran. Bawalah isteri berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan jika perlu. Pahamilah isteri anda yang dia sedang mengalami suatu perubahan dalam hidup, wanita adalah tiang kepada sebuah keluarga jika isteri/ibu bahagia maka bahagialah keluarga tersebut.
Bagi mereka yang ingin dapatkan Vitamin Shaklee Untuk Menopaus sila hubungi
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp : 010-2995619

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *