Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat

Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat
Siapa pernah kena cacar air atau chickenpox mungkin semasa kecil, semasa sekolah atau semasa dah dewasa? Saya sendiri pernah mengalaminya semasa umur 15 tahun, ingat lagi badan tiba-tiba rasa seram sejuk, macam nak demam, memang rasa tak selesa tiba-tiba ternampak 1 – 2 gelembung kecil di tangan, alamak balik je rumah terus tunjuk kat mak, maka ke klinik la kami, doktor sahkan saya kena chicken pox dan bercuti sakit la selama 2 minggu. Habis terus tak cun dah muka hehe. Ruginya saya masa itu ialah tak kenal lagi dengan Shaklee.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat chickenpox dan hilangkan parut chickenpox yang hodoh dengan cepat. Tapi sebelum itu saya akan terangkan tentang penyakit chickenpox. Ianya adalah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak juga dewasa yang disebabkan oleh virus. Virus ini juga dikenali sebagai virus varicella. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Mereka yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
Chickenpox atau cacar air ini boleh merebak melalui udara bila seseorang yang mengidap chickenpox itu mengalami batuk atau bersin atau mereka tersentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) chickenpox atau dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Antara tanda-tanda dan gejala ialah pesakit akan mendapat cacar air atau chickenpox 13 – 17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap chickenpox. Chickenpox boleh merebak 1 – 2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius tetapi kalau orang dewasa yang mengalaminya ia boleh menjadi lebih serius.
Selepas pesakit chickenpox mengalami demam yang tinggi dan bintik-bintik merah mula akan keluar dipermukaan kulit. Bintik-bintik merah ini akan penuh 1 badan dibahagian muka, kepala, dada, belakang badan dan kebiasaanya diakhiri dibahagian kaki. Bintik-bintik merah ini biasanya akan timbul dalam beberapa hari dan bilangannya boleh mencecah beratus biji, kalau uolls rajin kiralah ya dan kemudian ia akan membentuk gelembung berisi air. Apabila gelembung pecah ia akan menjadi kering dan berkuping dan dalam masa yang sama pesakit akan merasa gatal pada ruam tersebut. Siksa tau dan pesanan orang tua jangan garu nanti akan tinggalkan parut seumur hidup, lagi risau betul tak. Dah tu macam mana nak hilangkan gatal-gatal, miang 1 badan ni?
Cara Mengatasi Masalah Gatal-Gatal
Ini namanya Daun Semambu atau Neem Leaves, kegunaannya ialah menghilangkan gatal-gatal pada badan, caranya ialah dengan mandi atau diletakkan di atas tilam tempat tidur pesakit chickenpox. Daun Semambu juga bertindak sebagai anti kulat, bakteria dan anti virus.
Meningkatkan Sistem Imun Dan Melawan Bakteria
Untuk meningkatkan sistem imun saya cadangkan pengambilan Nutriferon kerana ia membantu mengurangkan rasa demam dan melawan virus dalam badan pesakit.
Hilangkan gatal dengan daun semambu, untuk meningkatkan sistem imun boleh dengan Nutriferon. Hmm parut chickenpox yang mengerikan tu macam mana pulak, jangan suka-suka nak kutil atau kopek parut yang belum kering sepenuhnya, muka anda nanti boleh jadi lopak-lopak kawah macam di bulan.

Cara Mudah Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat
Istimewanya di Shaklee kami ada pelbagai produk yang membantu mengurangkan atau menghilangkan terus parut hodoh kesan chickenpox antaranya ialah Herbal Blend Cream.
Hilangkan Parut Chickenpox Yang Hodoh Dengan Cepat
Peranan Herbal Blend Cream ialah untuk kecutkan bintik-bintik dan menghilangkan parut. Herbal Blend Cream yang diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk Sage, Hirse Chesnut Yarrow, Rosmary dan Melissa Officinalis atau juga dikenali sebagai Lemon Balm.

Keistimewaan Herbal Blend Cream
Krim yang telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku dan tumit kaki.
Dingin, bermentol dan tidak  berminyak
Sangat sesuai untuk bayi yang mengalami ruam lampin dan bekas gigitan nyamuk/semut
Mempercepatkan parut chickenpox hilang
Tanpa Paraben
Vitamin Shaklee Yang Membantu Hilangkan Parut Chickenpox Yang Degil
Vitamin C Dan Vitamin E bukan sahaja mencantikkan wajah anda malahan sangat sesuai untuk melembapkan kulit dan mempercepatkan lagi proses menghilangkan parut-parut dikulit kita
Zinc pula peranannya ialah untuk membaiki luka. Selepas bintik-bintik air tersebut pecah, kebiasannya kulit akan menjadi sakit dan menjadi hitam. Jika anda mengambil Zinc secara konsisten setiap hari, luka tersebut akan cepat kering dan kuping akan lebih mudah tertanggal dengan senditinya tanpa dipaksa oleh kuku anda. Zinc juga bagus untuk mereka yang mengalami penyakit kencing manis, mereka yang baru menjalani pembedahan dan wanita yang dalam pantang.
ESP Shaklee juga membantu dalam menghilangkan parut chickenpox kerana ia berperanan merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
Bagi mereka yang masih menyusukan bayi dan bayi mereka terkena jangkitan Chickenpox anda perlu teruskan penyusuan dan teruskan makan Set Menyusu Shaklee dengan konsisten, InshaaAllah bayi anda akan pulih dengan cepat.
Dan akhir sekali untuk kesegaran wajah, anda boleh gunakan Gentle Deep Foaming Cleanser
Keistimewaan Gentle Deep Foaming Cleanser
Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menanggalkan kotoran, menggelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
Alga hijau melembapkan kulit dan membersih hungga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
Lembut dan Menyegarkan
Menjimatkan 
Untuk lebih meyakinkan tentang Vitamin Shaklee boleh menghilangkan atau mengurangkan parut Chickenpox yang hodoh, jom kita layan video ni


Ubat Chicken Pox Dewasa Sampai Dia Jadi Miss Universe Semula from iReach HD on Vimeo.

Bagi mereka yang nak hilangkan parut chickenpox dengan Vitamin Shaklee, boleh hubungi saya
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *