Tips Penjagaan Selepas Keguguran

Bagi mereka yang baru keguguran, pasti tertanya-tanya perlu berpantang ke, makanan apa yang perlu dimakan atau dielakkan. Lebih-lebih lagi ini adalah pengalaman pertama dan kebetulan pula berjauhan dari keluarga untuk membantu.
Saya akan berkongsikan pelbagai pertanyaan dan jawapan yang mungkin boleh membantu uolls mengatasi kerisauan. Dan seterusnya kembali pulih, sihat dan ceria seperti biasa. Mana tahu selepas anda sihat anda kembali mengandung, InshaaAllah.
1. Adakah saya perlu berpantang? Berapa lama tempoh berpantang?
Walaupun anda keguguran dan mungkin masih seawal 7 minggu, sebaik-baiknya perlu berpantang sama macam orang baru bersalin, kerana bahagian rahim tetap luka sama macam orang bersalin. Bagi mereka yang bekerja biasanya doktor bagi cuti sakit selama 2 minggu tapi untuk berpantang keguguran sekurang-kurangnya 20 hari bagi memastikan badan anda kembali pulih.
2. Adakah saya perlu menjaga pemakanan walaupun keguguran? 
Jawapannya ialah anda masih perlu menjaga pemakanan walaupun keguguran. Nak tahu menu berpantang yang mudah disediakan dan menyelerakan boleh klik Menu Berpantang.  Selain itu elakkan makanan yang sejuk seperti ais dan minuman bergas, sayuran yang menjalar seperti kangkung, timun, kekacang. Minuman seperti air suam dan makan makanan yang berkhasiat, sangat digalakkan seperti sup panas, susu panas, quacker oats, buah kurma dan kismis, sayur sawi rebus dan ikan berdaging putih.
3. Bolehkah saya lakukan kerja-kerja rumah seperti biasa selepas keguguran?
Elakkan dari mengangkat benda-benda berat dalam tempoh sebulan selepas keguguran, perlu diingat ya, rahim anda yang luka perlu dipulihkan.
4. Apakah tip dan cara-cara Penjagaan semasa keguguran?
Penjagaan keguguran sama seperti penjagaan selepas bersalin. Anda digalakkan untuk memakai stokin dan mandi air suam. Uolls boleh mengambil jamu atau vitamin Shaklee seperti Zinc, Vitamin E, Vitamin C dan ESP Shaklee.
Kenapa perlu mengambil jamu atau vitamin?
Ini adalah kadangkala badan anda akan rasa lemah, lenguh-lenguh badan, rasa seram sejuk dan tidak bertenaga mungkin dari kesan keguguran. Ada juga yang mengalami demam yang ringan. Pengambilan vitamin membantu anda lebih cepat sihat dan kembali cergas.
Bagaimana ESP Shaklee membantu mereka yang keguguran?
Tips Penjagaan Selepas Keguguran
ESP Shaklee membantu dalam proses pemulihan luka luaran dan dalaman. Juga mencantikkan kulit, memejalkan otot, membekalkan tenaga dan badan lebih cergas.
Bagaimana Zinc Shaklee membantu mereka yang keguguran?
Tips Penjagaan Selepas Keguguran
Zinc paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Fungsinya ialah membaik pulih luka dan tisu dalaman. Seringkali apabila selepas bersalin atau caeserian kita akan mencari ikan haruan yang kaya dengan Zinc, sedangkan hari ini, untuk mendapatkan ikan haruan agak sukar, kadang-kadang satu Shah Alam takde dan jika ada harganya mahal dan kita tak tau macam mana nak menyiang ikan atau memasaknya. Salah masak terus tak makan sebab berbau hanyir. Dengan pengambilan Zinc dalam bentuk kapsul sangat memudahkan dan membantu uolls dalam proses pemulihan luka dalaman.
Khasiat Zinc yang perlu anda tahu dan sering mendapat permintaan ialah membantu penggalak keinginan seksual yang dapat mengatasi masalah kedinginan hubungan suami isteri selepas keguguran.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan vitamin Shaklee selepas keguguran, sila hubungi
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *