Sate Kebab Akmal – Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap

Hari ini saya nak kongsikan Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap dengan menggunakan Sate Kebab Akmal. Sate Kebab Akmal, tak pernah dengar pun? Boleh klik Sate Kebab Akmal untuk tahu lebih lanjut.

Nama resepinya ialah Kebab Roll Paratha Cheese, namanya pun dah membuatkan kita lapar. Apatah lagi jika uolls hidangkan kepada keluarga dan tetamu yang datang. Ia bukan sekadar boleh dihidangkan pada waktu petang malahan boleh juga dihidangkan untuk sarapan pagi yang mudah dan ringkas sebelum anak-anak ke sekolah atau uolls keluar bekerja.

Bahan-bahan yang diperlukan
Sate kebab Akmal (ada 3 perisa blackpepper, beryani dan pedas)
Paratha (boleh guna jenama Kawan)
Cheese
Garlic butter
Cara-cara Membuatnya
1 keping paratha dibahagi 2, boleh rujuk gambar di atas
1 keping cheese juga dibahagi 2, boleh rujuk gambar di atas
Sapukan garlic butter d atas paratha, letakkan kepingan cheese dan sate kebab dan gulung dengan kemas.
Bakar dalam 20 minit untuk dapatkan hasil yang menakjubkan dan menyelerakan.
Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap
Sate Kebab bukan sekadar boleh dibuat Kebab roll sahaja malahan uolls boleh pelbagaikan resepi untuk menceriakan keluarga uolls. Takdelah anak-anak termenung melihat sarapan yang sama setiap pagi, betul tak? 
Anda boleh menambah sebagai perencah yang menarik dalam nasi goreng.
Atau uolls boleh membawa bekal ke pejabat atau sekolah. Kawan-kawan pun terpikat nak mencuba Sate Kebab 🙂
Sate Kebab Akmal bukan sekadar memeriahkan resepi keluarga uolls malahan ia boleh menambah pendapatan dengan menjadi agen kami. Dengan modal yang tendah kurang dari RM200 anda sudah boleh mempunyai perniagaan sendiri.

Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap
Kenapa saya mesti pilih Sate Kebab Akmal tanpa was-was, saya akan tunjukkan kelebihan Sate Kebab Akmal berbanding produk yang lain.
1. Produk Muslim yang disahkan halal oleh Jakim
2. Tiada tambahan msg
3. Ia mengandung 80% isi ayam, 20% rempah ratus ( tiada perisa tambahan atau pewarna)
4. Makanan sejuk beku yang menyihatkan yang anda boleh gantikan nugget atau sosej
5. Tanpa lemak dan kalori yang rendah

Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap
Sate Kebab Akmal - Resepi Minum Petang Mudah Dan Sedap
Hubungi saya dengan segera
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *