Tip Dan Panduan Untuk Kulit Lebih Putih

Kita sentiasa dijamu dengan pelbagai poduk untuk memutihkan kulit yang mana sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kita untuk mencuba agar kulit kita menjadi lebih putih gebu.  Tak percaya? Cuba uolls skrol FB, majalah atau mana-mana media sosial, iklan untuk memutihkan kulit berderet-deret keluar.

Bagi wanita Asia, memiliki kulit yang putih dianggap lebih cantik dan boleh meningkatkan keyakinan diri. Keadaan cuaca dan geografi Asia yang panas dan lembap dikatakan menjadi punca kulit kusam, bintik hitam dan pigmentasi. Masalah mula timbul apabila kesan pemutihan kulit yang tidak terkawal mengakibatkan kulit menjadi lebih rosak.

Kesan sampingan pemutihan seperti penggunaan merkuri yang melebihi dos serta penggunaan hidrokuinon yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit yang lebih kronik atau membawa maut. Jangan main-main ya terlalu obses nak cantik penyakit lain yang datang. Pengelupasan kulit ini boleh menyebabkan melanin kulit terhakis. Tanpa melanin, kulit menjadi lemah dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari.

Peranan Melanin Kepada Kulit Anda

Faktor utama yang membezakan warna kulit cerah dan gelap adalah zat warna atau pigmen melanin. Melanin adalah zat protein yang berperanan menentukan warna kulit seseorang. Melanin dihasilkan oleh melanosit. Warna kulit yang lebih gelap mempunyai pigmen melanin yang lebih banyak pada lapisan epidermis berbanding kulit cerah. Melanin yang terkena sinar ultraviolet menyebabkan warna gelap pada kulit.

Selain memberi warna pada kulit melanin juga berfungsi melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan struktur kulit dan kulit menjadi lebih gelap.

Melanin juga berfungsi melindungi kulit terhadap terhadap sinar ultraviolet. Pembentukan pigmen melanin dirangsang oleh sinar ultraviolet.

Cara Terbaik Untuk Menjaga Kulit

Mengelakkan diri daripada terdedah dibawah pancaran matahari yang terlalu lama terutama pada jam 10 pagi hingga 4 petang (waktu pancaran matahari paling terik). Gunakan krim tabir suria SPF30 dan ke atas. Selain itu digalakkan guna krim pelindung matahari terutama ketika dilaut, pantai, kolam renang terbuka, kawasan salji dan padang pasir. Pakai krim ini 30 minit sebelum terdedah kepada matahari.

Amalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan buah-buahan yang mengandungi Vitamin C dan antioksida. Banyakkan minum air kosong. Guna bahan-bahan yang semulajadi seperti putih telur, timun, yogurt, aloe vera sebagai mask untuk membaiki struktur kulit setelah terdedah kepada matahari dan keadaan panas sejuk semasa bekerja.

Pengambilan kolagen juga sangat digalakkan bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit. Kekurangan kolagen juga mempengaruhi struktur dan warna kulit.

Untuk makanan tambahan atau suplemen, saya perkenalkan Set Kecantikan Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-E Complex Shaklee.

Antara manfaat Vita-C Shaklee ialah merangsang pembentukan kolagen, mencantikkan kulit dengan menjadikan kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama jeragat. Nak tahu lebih lanjut tentang Vitamin C Shaklee sila klik sini.

Manakala manfaat Vitamin E Shaklee kepada kecantikan kulit ialah anti penuaan, mengurangkan kedut, garis halus dan bintik penuaan. Ia juga adalah anti oksidan yang kuat. Sila baca entri ini dengan lebih lanjut untuk khasiat Vitamin E Shaklee.
Tahukah anda bahawa golongan remaja dan wanita yang berusia lingkungan 30an lebih cenderung untuk memutihkan kulit. Manakala untuk peringkat umur 40an mereka lebih fokus kepada rawatan awet muda dan kebersikan kulit.
Bagi golongan remaja mereka perlu didedahkan atau diberi pengetahuan tentang bahayanya lambakan produk pemutih yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kulit mereka. Mungkin harga yang murah atau iklan menarik yang memesongkan mereka untuk membeli produk pemutih. Kita perlu tahu apakah kandungan produk tersebut, pastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan-bahan terlarang yang boleh memudaratkan kesihatan dan kecantikan.
Yang penting hargailah diri anda kerana diri anda begitu berharga.
Untuk mendapatkan vitamin Shaklee atau ingin menjadi ahli dan menikmati diskaun yang menarik sila hubungi
Email : arnisyazila@gmail.com
Whatsapp/Telegram/SMS : 010-2995619

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *