Sate Kebab Akmal – Mini Pizza Guna Roti Gardenia

Selamat Tahun Baru 2016, azam baru semangat baru, betul tak? Salah satu azam saya ialah rajin memasak untuk keluarga, dengan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk mereka. Maklumlah segalanya mahal  zaman sekarang  ni, dengan memasak sendiri kita dapat berjimat. Ok stop cerita ekonomi, kita sambung dengan cerita asal iaitu menyediakan Mini Pizza Guna Roti Gardenia dan istimewanya kita menggunakan Sate Kebab Akmal.

Bila saat entri ini ditulis, esok merupakan hari pertama anak-anak memulakan hari persekolahan. Kita sebagai mak ni start je sekolah dah mula kalut memikirkan sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Saya kongsikan resepi mudah dan ringkas ni untuk para ibu. Yang mana anak-anak kalau tak sempat makan di rumah boleh je di makan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

Biasanya anak-anak ni kan seleranya makan di waktu pagi agak kurang, moga dengan terhidangnya Sate Kebab Akmal Mini Pizza Guna Roti Gardenia terbuka mata anak-anak dan mereka makan dengan berselera. Sarapan penting ya untuk anak-anak sebelum mereka ke sekolah. Sebab apa kita guna Roti Gardenia ialah tak perlulah uolls berpeluh-peluh menguli nak buat doh, nak tunggu lagi doh tu naik. Eh pukul berapa nak bangun pagi daa hehe.

Bahan-bahan

Sate Kebab Akmal ada perisa blackpepper, beryani dan pedas

Roti Gardenia

Tomato puri atau sos pasta

Cheddar Cheese/Mozarella cheese

Cendawan butang

Lada benggala

Cara-caranya ialah

Grill dulu sate kebab dalam 5 cucuk untuk 4 keping roti.

Susun kepingan roti dalam tray atau loyang, renjiskan sedikit air supaya roti kekal lembut selepas dibakar

Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese (saya tak letak sebab takde)

Letak Sate kebab yang telah di grill dan telah dihiris nipis, cendawan butang dan lada benggala mengikut selera uolls ( saya tak letak jugak sebab takde)

Taburkan mozarella cheese, supaya boleh feeling makan pizza yang sebenar 🙂

Bakar pizza dalam oven lebih kurang 10 minit (ikut oven uolls)

Selamat menjamu selera ya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *