Pengalaman Menginap Di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

Cuti sekolah kali ni kami tak berjalan jauh disebabkan ada jadual yang bertindan. Kak Arni dan En Suami ambil keputusan untuk staycation sahaja di KL dan berhampiran KLCC as long as anak-anak dapat keluar dari rutin harian dan boleh berendam dalam swimming pool 🙂

Pilihan hotel kami ialah PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, kami memilih Hotel PNB kerana ia berdekatan dengan KLCC dan stesyen LRT walking distance je nak berjalan kaki ke KLCC pun boleh cuma agak penat sikit la.

Kami berlima berbackpacking sahaja, anak-anak bawa beg sendiri. Terasa macam ala-ala tourist pulak hehe. Lagipun hanya untuk 3 hari 2 malam sahaja. Dari Shah Alam kami menaiki LRT dan berhenti di LRT Ampang Park, berjalan kaki dalam 5 – 10 minit sahaja dah sampai Hotel PNB yang terletak di Jalan Binjai.

Kak Arni menempah bilik hotel melalui Agoda, pada mulanya hanya menempah bilik basic sekadar untuk tidur sahaja sebab plan memang nak round KL tapi disebabkan bilik telah penuh maka pihak Hotel telah upgrade ke Premier Floor 2 Bedroom Premier Suite, Alhamdullilah dapat bilik yang sangat besar complete dengan kitchen, 3 bilik air, 2 bilik tidur , dining table dan ruang tamu yang luas seumpama kita duduk di Apartment serba lengkap, rezeki anak-anak.

Jom kita tengok gambar bilik ada yang sumber dari hotel sendiri, google dan ada gambar yang Kak Arni ambil sendiri.

Bilik utama yang luas

Toileterries

Ruang makan

Bilik tidur kedua, selesa anak-anak bujang tidur di sini

Ada 2 jenis kolam renang, 1 untuk dewasa 1 lagi untuk kanak-kanak
Living hall yang sangat luas, televisyen pun banyak channel dan tak perlu berebut sebab dalam bilik pun ada tv 😉
Dapur yang complete boleh masak-masak, siap ada sudu, garfu, periuk, sudip tapi Kak Arni masak air sahaja hehe kasi chance la sesekali berjalan takkan nak kena masak kut

Pinggan mangkuk memang complete.
Masa hari pertama sampai, selepas balik dari KLCC anak-anak terus ke swimming pool. Sedia maklum naik dari swimming pool semua akan kelaparan, so Kak Arni siap-siap order makanan dari Room Service , Nasi Goreng Kampung  dan  Kuey Teow Goreng , licin terus kami makan nampak sangat semua dah kelaparan. 
Lagi satu specialnya hotel ni ialah mereka ada self service laundry. Sangat memudahkan kami yang bawa baju sedikit sahaja, Harganya mahal sedikit dari self laundry yang kita biasa pergi. Di level yang sama terdapat games room dan convenience store. Juga ada gymnasium 24 jam sesuai sangat lah anak-anak bujang kak Arni pergi mensadokan badan masing-masing haha.

Dryer

Pemandangan dalam bilik mandi, ada bath tub sesuai kalau nak berkubang lama-lama

Ruang tamu menjelang waktu petang

Pemandangan dari dalam bilik di waktu malam boleh nampak KLCC walau separuh bangunan sahaja.
Bila menginap di hotel kita akan dapat voucher breakfast untuk 2 orang dan makanan untuk breakfast memang sedap serta banyak pilihan dan bila cuti sekolah ni memang ramai walau pergi pertengahan minggu. Bagi yang ada anak-anak remaja jika makan di sini kena tambahan seorang dalam RM38. 
Apapun kami bersyukur dapat luangkan masa dengan anak-anak. Melayan mereka bila lagi dapat berkumpul bila hari sekolah jadual memang padat walau duduk serumah. Anak yang sulung pun dah habis SPM, akan datang bila dia sambung belajar dan bekerja mungkin lagi susah nak berjalan bersama-sama.
Hargai setiap ruang masa yang ada dengan anak-anak, sesekali dapat makan bersama-sama, duduk semeja dapat bergelak ketawa dengan anak-anak ialah momen yang indah.
Selamat bercuti semua, cuti sekolah pun masih berbaki lagi 2 minggu. Next entri Kak Arni akan berkongsi ke manakah kami pergi sepanjang 3 hari 2 malam di KL 🙂
Email :
reservations@pnbdarbypark.com
Address : 
10, 
Persiaran KLCC, 
Kuala Lumpur, 
50450 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Phone :
03-7490 3333

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *