Jalan Jalan Tempat Menarik Kuala Lumpur Yang Wajib Anda Pergi

Cuti sekolah kali ini kami hanya berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, ala KL je tak sampai satu jam pun dari Shah Alam, tiap-tiap hari orang pergi kerja ulang alik Shah Alam – KL. Itu pergi kerja komitmen bukannya jalan-jalan santai-santai makan-makan, betul kan?

Kami menginap di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, entri berkenaan hotel tersebut boleh klik SINI untuk maklumat lanjut.

Kami turun di stesyen LRT Ampang Park, pertama sekali yang dibuat ialah mencari makan, memang dah tahap kebulur. Anak-anak memilih Fast Food, En suami memilih makanan Turki yang betul-betul bersebelahan Fast Food. Makanan Turki ni memang di masak oleh orang Turki sendiri, bagi En suami yang dah berpengalaman ke Turki memuji makanan tersebut yang sama sedapnya jika ke sana. Nama kedai tersebut ialah Bahce Turkish Cafe harganya berpatutan, ada pelbagai menu masakan Turki di sini. Selesai makan-makan kami terus menuju ke hotel untuk simpan beg sementara check in.

Memandangkan hotel yang kami menginap ni berdekatan dengan KLCC, of coz ler kami akan ke KLCC jalan-jalan sambil melihat tempat yang sentiasa dipenuhi orang ramai samada bekerja, melancong atau sekadar jalan-jalan. Disebabkan dah tengahari maka kami mengambil teksi which is cost dalam RM15, mahal gak tapi sebab dah penat mengangkut beg kita layankan je lah.

KLCC tengah meriah dengan sambutan Krismas so pokok Krismas tu memang besar dan cantik dihias di tengah-tengah tu. Fokus di sini ialah hanya bergambar dan jalan-jalan, sempatlah Maisarah cukai di Toys R Us. Kak Arni meninjau-ninjau juga butik-butik di KLCC tapi En Suami dah menjeling-jeling dan semakin menjauhkan diri haha.

Sementara menunggu anak-anak bujang meninjau butik sports kami layan coffee dan muffin di cafe melepaskan lelah menapak dari satu stesyen ke stesyen yang lain. Menjelang petang dah penat mencari teksi untuk balik ke hotel .. hah dia charge RM20 ok takpe lah, kami naik lrt KLCC dan turun lrt Ampang Park.

Aktiviti petang ialah berendam dalam pool , mujur cuaca pun cantik sedap mata memandang dari tepi kolam  bangunan Tabung Haji tersergam berdiri, berniat dalam hati untuk cepat menunaikan Haji dan Umrah dalam masa terdekat bersama-sama En Suami. InShaaAllah . Since masing-masing masih lagi nak menyelam , berenang, bermain air. Kak Arni naik bilik dulu dan order makanan dari room service sebab dah harap maklum anak-anak akan kelaparan. Nasi goreng kampung dan Kuey Teow Goreng licin sekelip mata sahaja hehe. Alhamdullilah.

Selepas Maghrib kami berlima teruskan aktiviti kami ke Bukit Bintang menaiki LRT dari Ampang Park ke LRT Pasar Seni dan naik MRT pula ke Bukit Bintang. Bukit Bintang, Lot 10 adalah pusat bandar KL , terpegun sebentar dengan Bukit Bintang sebab terlalu ramai bangsa asing dah rasa macam bukan di Malaysia. Kedai-kedai makanan Arab, even kedai-kedai yang lain pekerja-pekerjanya adalah bangsa asing dan pandai cakap melayu. Jalan dan jalan menghilangkan dahaga pun ke kedai 7E sahaja.

Aiskrim ala-ala di Turki , bergurau senda dengan Customer AWAS pada mereka yang kurang kesabaran 🙂

Berehat di tepi jalan sebentar melihat pemuzik jalanan. Maisarah pun dah terlalu penat berjalan , dah meragam pun ya juga maka kami pun pulang ke hotel dengan cara yang sama, menaiki MRT dan tukar ke LRT di stesyen Pasar Seni. Menjelang kul 11pm setiba di stesyen Ampang Park kelihatan beberapa orang tidur di kaki lima jalan. Pengalaman yang dilihat anak-anak memberi mereka pelbagai persoalan dan kami sebagai ibubapa kena terangkan kepada mereka.

Sebelum balik ke hotel singgah lagi di kedai Turki membeli makanan, mujur tak tutup lagi, masing-masing kelaparan dan kepenatan. Leganya bila sampai di bilik rasa seperti nak tercabut dah kaki sangat-sangat penat. Sebelum tidur wajib telan Ostematrix 4 biji , Garlic 2 biji dan Lecithin 3 biji supaya bangun pagi esoknya badan lebih cergas dan bertenaga.

Keesokkan harinya kami breakfast di hotel, makanan di sini banyak pilihan dan sedap. Dalam kul 10am kami keluar ke Muzium Negara menaiki LRT Ampang Park dan tukar ke MRT untuk ke Muzium. Kenapa ke Muzium? Muzium kita boleh belajar banyak perkara sejarah negara kita, sedikit sebanyak memberi anak-anak pengajaran asal usul kenapa negara kita dijajah. En suami memang peminat sejarah, jika ke mana-mana memang dia akan memilih muzium sebagai salah satu tempat yang akan dituju. Berehat sebentar di cafe muzium menghilangkan dahaga.

Siapa pernah berpengalaman naik bas mini ni, gerun haha bila dikenangkan kembali selagi tak sendat mendat macam dalam tin sardin selagi tu lah konduktor bas suruh masuk juga, belum cerita depa corner baring lagi rasa macam nak terbalik bas ni. Semua dah tinggal kenangan bas pun dah masuk Muzium 🙂

Berehat di cafe melayan customer mudahnya bila bisnes online, di mana-mana sahaja kita boleh uruskan bisnes.

Destinasi seterusnya ialah Pasar Seni, seingat Kak Arni dah bertahun tidak ke Pasar Seni terpaksa bertanya soalan di manakah Pasar Seni haha punyalah dah lama tak ke sini. Anak-anak memang tak pernah ke sini, since tempat ni tempat pelancong barangan yang dijual agak mahal so kami hanya lunch di sini iaitu di food court bahagian atas.

Antara tarikan di Pasar Seni ialah kami ke 3D Art Muzium, di sini kami enjoy mengambil gambar. Ada juga movie yang kita boleh berlakon dan boleh dibeli untuk kenang-kenangan. Selesai tour Pasar Seni kami mengambil LRT dan pulang ke hotel.

Anak-anak masih bertenaga so mereka ke  pool dan gym. Manakala Kak Arni ke self laundry uruskan baju-baju. Rutin yang biasa mereka lakukan setiap kali bercuti di hotel. Aktiviti malam pula ialah jalan-jalan cari makan, Kak Arni ada terbaca review tentang Food Truck berdekatan KLCC, so kami ambil LRT ke KLCC . Rupa-rupanya kawasan Food Truck kena melintas jalan depan KLCC dan perlu berjalan kaki dalam 5 – 6 minit.

Setiba di sini wah banyak sangat pilihan makanan, anak-anak dan En suami memilih western food manakala Kak Arni memilih makanan Vietnam. Semua sedap pada kami, atau mungkin kami kelaparan hehe.  Makan sampai kenyang tagline kami malam tu supaya balik ke hotel dah kenyang dan tak perlu makan lagi.

Macam biasa sebelum tidur makan Ostematrix, Garlic dan Lecithin untuk badan lebih bertenaga keesokkan harinya. Hari yang ketiga, tiada aktiviti kecuali pergi breakfast di hotel selepas breakfast anak-anak ke pool manakala Kak Arni mengemas mana-mana yang patut, check semua bilik, dalam laci takut ada barang yang tertinggal.

Selepas check out ambil LRT balik ke Shah Alam setiba di stesyen LRT ambil bas Rapid KL dan turun di Giant untuk lunch seterusnya ambil teksi dan balik rumah.

Begitulah trip kami kali ini yang menggunakan sepenuhnya kenderaan awam, frankly speaking memang sangat penat turun naik LRT, MRT kena berjalan kaki dan agak jauh. Even jalan-jalan dalam KL pun kena sediakan budget. Bagi kami yang ada anak-anak dah besar, budget untuk makan pun kena besar juga.

Walau percutian kali ini tidak sampai ke negara Turki dan Vietnam tapi dapat makanan mereka pun suatu nikmat juga 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *