Nasi Beryani Resepi Mudah Ikut Rempah Faiza

Kak Arni asal Johor of coz Nasi Beryani is my feveret. Kalau ke Batu Pahat tu memang ada restoren yang jual nasi beryani tersedap di Malaysia hah sampai macam tu sekali.

Since jarang sangat balik BP dan nasi beryani kalau sepinggan di Shah Alam ni amatlah mahal, kalau seorang makan boleh tahan lagi tapi kalau dah sekeluarga makan boleh cecah RM80 belum teringin nak sirap bandung lagi.

Cara paling save ialah kita masak sendiri lah nasi beryani, orang kata muai lah makan dari tengahari ke malam. Actually kalau ikut bahan-bahan macam complicated nak masak tapi kita adjust lah janji buka je tudung periuk perrghh dah bau kedai beryani ok lah kan.

Nasi Beryani

2 1/2 cawan beras PusaGold extra long dibasuh dan ditoskan airnya.
Rempah Beryani Faiza 2 sudu besar
4 – 5 biji Bawang merah saiz sederhana dimayang.
4 ulas bawang putih dimayang.
1 kuntum bunga lawang.
1 biji buah pelaga.
3 helai daun pandan.
1 kiub ayam Knorr.
6 sudu besar susu cair Ideal.
Satu penutup/1 sudu teh pewarna kuning telur.
2 1/2 cawan air.
2 sudu besar minyak sapi Promex (Kak Arni guna minyak masak biasa)
Garam.
Daun pudina.

Tambahan

Kismis
Gajus
Bawang goreng ditabur atas nasi yang dah siap masak

Cara Memasak

Panaskan periuk atas dapur gas. Masukkan minyak sapi/minyak masak
Masukkan bawang putih, bawang merah, bunga lawang dan buah pelaga.
Masukkan rempah beryani Faiza
Masukkan kiub ayam.
Masukkan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau rata, tutup api.

Pindahkan semua ke dalam periuk nasi
Masukkan air serta garam.
Apabila mendidih masukkan susu cair dan titikkan pewarna secara rawak.

Ayam Beryani
1 ekor ayam di potong sederhana
6 biji bawang merah dimayang
4 biji bawang putih dimayang
1 cawan susu cair
2 sudu besar rempah beryani
Cara Memasak
Tumiskan bawang merah dan bawang putih, masukkan rempah, susu cair dan rempah beryani. 
Selepas naik bau masukkan ayam dan sedikit air. Masak dengan api yang kecil
Rempah Beryani Faiza yang digunakan
Acar 
Setengah biji nanas
Setengah batang timun
1 biji lada merah dihiris
2 biji bawang dimayang
1 biji cili api dihiris
1 biji lemon
Garam
Gula perang
Nanas dan timun di potong, gaulkan dengan lada merah, bawang yang dimayang, cili api serta garam dan gula, Perahkan lemon. 
Bagi yang ada resepi tradisi turun temurun sila teruskan. Resepi Kak Arni ni mudah dan tak complicated dan sesuai sangat bagi ibu-ibu yang nak cepat masak serta bahan-bahan yang mudah digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *